Pada 13 Julai 2009, aku terlibat memberi taklimat peperiksaan PMR di SM Pendidikan Khas Setapak.
Aku berceloteh sambil memberi penerangan tentang persiapan PMR khususnya kertas sejarah, mengalakkan latih tubi dan mencari jawapan dari teks, serta memberi motivasi. Antara kataku “ kejayaan yang dicapai dalam kepayahan dan serba kekurangan lebih nikmat dan manis rasanya. Hadiahkan kepada orang tersayang khususnya kedua ibu bapa dengan kejayaan. Anda juga boleh berjaya seperti orang lain”
Pelajar tekun mendengar ceramah
tahniah cikgu,perjuangan mendidik anak bangsa mengenal sejarah...akan menyedarkan siapa kita di masa lalu...perjuangan yang tidak pernah akan selesai..
BalasPadam