Selasa, 10 Ogos 2010

Ahlan Wa salan Ramadhan al-Mubarak

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan al mubarak kepada semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk tanah air. Kehadirannya ditunggu dan dirindu, pemergiannya ditangisi. Demikianlah keistimewaan Ramadhan al mubarak. Moga Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik.

Pada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM jadikan ramadhan ini sebagai pembangkit semangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.