Sabtu, 25 Julai 2009

Sejenak Di Ma'ahad Ahmadi, Gemencheh, N.Sembilan

Assalamualaikum wm wbt.

Selepas tamat program bersama anak-anak pendidikan khas di Melaka yang berakhir pada 24 julai 2009, kira-kira pukul 12.00 tgh aku terus ke Gemencheh, N.Sembilan. Mengikut jadual aku akan mengadakan bengkel menjawab soalan sejarah PMR bersama pelajar-pelajar tingkatan 3 pada sebelah petang dan pelajar-pelajar tingkatan 5 pada sebelah malam.


Bersama pelajar tingkatan 3 kami berbincang dan menjawab soalan peperiksaan sejarah PMR dari tahun 1993-2008 bab 4 dan 5 sejarah tingkatan 3. bengkel bermula pukul 3.00 petang dan tamat sekitar pukul 5.00 petang

Pada sebelah malam aku dan pelajar tingkatan 5 berbengkel menjawab modul sejarah kertas 2 (berdasar bab-bab penting SPM 2009). Bengkel bermula jam 8.00 malam dan tamat sekitar 10.30 malam. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir di Ma'ahad Ahmadi kerana diberi peluang untuk membantu pelajar-pelajar di Ma'ahad Ahmadi dan secara kebetulan anak-anakku seoarang tingkatan 3 dan seorang tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan. moga-moga sumbangan kecilku akan dapat menaikkan pencapaian akademik Ma'ahad Ahmadi.

Bersama ini disertakan gambar-gambar bengkel yang diadakan pada sebelah malam.

Para pelajar tekun menjawab soalan modul

aku mewajibkan pelajar merujuk buku teks untuk mencari jawapan

Sempat berbincang dalam usaha untuk mendapatkan jawapan yang betul

Suasana yang kondusif, tempat bengkel di perpustakaan sejuk dan sangat selesa.

Bersama ini disertakan skema pemarkahan soalan modul yang dibincangkan. Diharapkan pelajar dapat merujuk jawapan modul di sini.


http://www.mediafire.com/?zd5jemnl3rz
Pagi sabtu aku menghadiri perjumpaan tiga penjuru di Ma'ahad Ahmadi dan mengambil keputusan peperiksaan pertengah tahun kedua-dua anakku. Aku terpaksa datang awal untuk memastikan program kelas bimbingan di Masjid Wilayah Persekutuan dapat aku hadiri. Ia sangat penting kerana ia merupakan anjuran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan kerjasama dengan masjid Wilayah Persekutuan. Sekurang-kurang kehadiranku sangat penting kerana kerana ia melambangkan komitmen Jabatan pelajaran dengan agensi luar untuk memastikan kejayaan anak-anak asnaf yang dipilih oleh pihak masjid. Alhamdullilah aku dapat menghadirkan diri pada jam 1.20 petang dan memulakan kelas pada pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan