Sabtu, 31 Oktober 2009

Bertemu kembali

Assalamualaikum. wm.wbt.

Alhamdulillah dikesempatan ini dapat bertemu kembali di dunia maya. Maaf dipohon kerana lama tidak update blog kerana faktor kesihatan dan kesibukan dengan program akademik dan kokurikulum.

Memandangkan SPM yang semakin hampir rasa terpanggil untuk memuatkan bahan-bahan yang dirasakan penting dan boleh dijadikan panduan kepada pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM 2009.

Aku juga rasa gembira dapat menemui kembali sahabat lama di dunia maya. sama-sama menuntut di MPKTBR posting sama-sama di negeri Sabah, aku masih ingat awal Disember 1990 aku di tempatkan di SMK Pengiran Omar Sipitang dan dia di tempatkan di SMK Kuala Penyu.
Hampir 19 tahun tidak berjumpa kami ditemukan di dunia tanpa sempadan.

Moga pertemuan ini akan merapatkan ukhwah islamiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan