Ahad, 4 Mac 2012

Farhah dan Fatin Selamat Sampai di Mesir


alhamdulillah, Syukur Farhah dan Fatin Selamat sampai ke bumi anbia.

Terima kasih ust. Idris yang tabah dan sabar membawa anak-anak ke bumi anbia.
Semoga jasa dan baktimu menjadi sebahagian amal soleh di sisi Allah swt.

Selasa, 28 Februari 2012

Selamat Berangkat ke bumi Mesir


Anakanda Fatin Syahirah dan Siti Norfarhah akan berangkat ke maahad tahfiz makkah al-mukarramah syarkia, republik arab mesir pada 3.3.2012 menaiki egypt air pukul 10.00malam. Mohon doa keselamatan mereka dan permudahkan urusan menuntut ilmu di bumi anbia bersama anakanda muizzuddin yang telah berangkat pada 1.12.2011.

Bekam Sunnah

BEKAM SUNNAH (HIJAMMAH)
Rawatan Bekam adalah salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w dimana rawatan bekam ini adalah cara untuk melepasan angin dalam badan atau melepaskan darah kotor dari badan
Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah

Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)
Berbekam telah terbukti dapat menghindarkan dan menyembuhkan penyakit

Sabda Rasulullah: "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya"(Diriwayatkan oleh Malik)
Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith Sahih Al Bukhari
Bekam darah adalah sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah sejak 1400 tahun yang lalu.