Sabtu, 31 Oktober 2009

Contoh soalan dari bab-bab penting SPM 2009

Assalamalaikum...

kepada semua pelajar SPM yang berminat untuk membuat latihan struktur dan esei SPM 2009 di sini cikgu sediakan contoh soalan daripada bab-bab penting yang dijangka boleh keluar dalam peperiksaan SPM. Kalaupun soalan itu tidak keluar tetapi persiapan berdasarkan bab boleh membantu calon menjawab soalan yang lain daripada bab yang sama.

Apa yang penting......... latihan mesti membuat rujukan teks...

Pada kesempatan lain cikgu akan cuba masukkan beberapa contoh jawapan esei sepenuhnya, bukan dalam bentuk skema pemarkahan.

http://www.4shared.com/file/145102494/a51f59ac/pecutan_akhir_spm_2009.html

Bertemu kembali

Assalamualaikum. wm.wbt.

Alhamdulillah dikesempatan ini dapat bertemu kembali di dunia maya. Maaf dipohon kerana lama tidak update blog kerana faktor kesihatan dan kesibukan dengan program akademik dan kokurikulum.

Memandangkan SPM yang semakin hampir rasa terpanggil untuk memuatkan bahan-bahan yang dirasakan penting dan boleh dijadikan panduan kepada pelajar untuk menduduki peperiksaan SPM 2009.

Aku juga rasa gembira dapat menemui kembali sahabat lama di dunia maya. sama-sama menuntut di MPKTBR posting sama-sama di negeri Sabah, aku masih ingat awal Disember 1990 aku di tempatkan di SMK Pengiran Omar Sipitang dan dia di tempatkan di SMK Kuala Penyu.
Hampir 19 tahun tidak berjumpa kami ditemukan di dunia tanpa sempadan.

Moga pertemuan ini akan merapatkan ukhwah islamiah.