Jumaat, 29 Mei 2009

Hari Guru Peringkat Sekolah

Hari ini SMK Danau Kota mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Selamat Hari Guru rakan-rakan seperjuangan. Tapi hari ini aku ketinggalan tidak dapat bergambar dan bersama-sama meraikan sambutan hari guru kerana ada tugasan rasmi di luar sekolah. Aku juga tidak dapat menerbitkan gambar-gambar sambutan hari guru tersebut untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

Tapi aku dapat bersama menikmati jamuan makan tengah hari yang disediakan selepas tugasan diluar sekolah selesai.

Hari ini juga bermulanya cuti pertengahan penggal.

Selamat bercuti kepada semua pelajar, jangan sia-siakan cuti anda!!!!!!!

Khamis, 28 Mei 2009

Assalamualaikum

Kepada semua rakan-rakan yang mengenali diriku sama ada semasa aku belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan (1971-1976), SMK Aminudin Baki Kampung Pandan (1977-1981), Yayasan Anda Akademik Pantai Baru (1982-1983), Universiti Malaya Kuala Lumpur (1984-1987), atau di MPKTBR 1990, rakan-rakan sejawat yang sama-sama bertugas di SMK Pangiran Omar, di SMK Cheras apa khabar kalian, aku sangat ingin mendengar khabar berita dari kalian sekalian dan ingin menjalinkan kembali persahabatan yang telah lama terputus.

Buat pelajar-pelajar yang pernah menjadi anak didikku sama ada di YAA 1987-1989, di SMK Pangiran Omar, Sipitang Sabah 1990-1995, SMK Cheras 1996-2004, SMK Danau Kota, K.L 2005-hingga kini, apa khabar anda sakalian moga anda menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Buat semua pelajar di seluruh negara ambillah kata hukama' sebagai pedoman

"barang siapa yang mahukan akhirat, hendaklah dia menuntut ilmu, barang siapa yang mahukan dunia, hendaklah dia berilmu, barang siapa yang mahu kedua-duanya, hendaklah dia menuntut ilmu".

Pelajar sekalian, selamat bercuti dan isilah masa dengan perkara yang bermanfaat.

Kepada rakan guru di Kuala Lumpur khasnya dan rakan-rakan di seluruh negara selamat bercuti.


Salam Persaudaraan.

Ikhlas
Cikgu Rosle Yasin

Isnin, 25 Mei 2009

Soalan PMR 1993-2008

Sejarah Hari Ini










Assalamualaikum wm wbt.

Semua sahabat dan para pelajar selamat berjumpa di dunia maya.
Saya mengucapkan kesyukuran buat pertama kali dapat menyampaikan salam kepada anda sekalian. Moga-moga saya dapat memberi sumbangan kepada dunia pendidikan terutama dalam mata pelajaran sejarah.

Ikhlas
Rosle Bin Yasin
SMK Danau Kota,
Jalan Genting Klang,
Kuala Lumpur.
rosle_yas@yahoo.com