Khamis, 23 Julai 2009

Salam Ukhwah dari Melaka

Assalamualaikum wm. wbt.

Pada 22 Julai 2009 hingga 24 Julai 2009 aku bersama kumpulan Jurulatih Utama Unit Pendidikan Khas berkampung di Bidara Puteri Beach Resort, Pantai Puteri Melaka memberi taklimat teknik menjawab soalan peperiksaan PMR dan SPM kepada pelajar-pelajar Pendidikan Khas Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelajar-pelajar masalah pembelajaran dan masalah pendengaran.

Walaupun penat dalam perjalanan ke Melaka namun sebelah malam bengkel teknik menjawab kertas BM PMR dan SPM berjaya dijalankan. Keesokan harinya sehari suntuk pelajar di dewan kuliah mendengar celoteh dari JU tentang teknik menjawab soalan peperiksaan. walaupun dalam keletihan jelas kelihatan pelajar berada dalam keadaan kegembiraan.

Sebelah malam 23 Julai kami bersama-sama menikmati jamuan ditepi kolam renang resort. Jelas walaupun dalam kekurangan mereka tetap menaruh harapan mencipta kejayaan.


Lihatlah gelagat anak-anak istimewa ini semasa sesi taklimat bersamaku (Sejarah SPM) dibantu Cik Uma sebagai penterjemah bahasa isyarat.

Cik Uma sibuk membantu ku semasa sesi taklimat

Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk memahamkan mereka, berbeza berceramah dengan pelajar nomal.

muka-muka penuh pengharapan

Aku beraksi dalam sesi ceramah



Moga kalian semua akan mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Catatan 10.38 malam selepas jamuan makan malam bersama KU Pendidikan Khas En. Abdullah Darus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan