Khamis, 28 Mei 2009

Assalamualaikum

Kepada semua rakan-rakan yang mengenali diriku sama ada semasa aku belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan (1971-1976), SMK Aminudin Baki Kampung Pandan (1977-1981), Yayasan Anda Akademik Pantai Baru (1982-1983), Universiti Malaya Kuala Lumpur (1984-1987), atau di MPKTBR 1990, rakan-rakan sejawat yang sama-sama bertugas di SMK Pangiran Omar, di SMK Cheras apa khabar kalian, aku sangat ingin mendengar khabar berita dari kalian sekalian dan ingin menjalinkan kembali persahabatan yang telah lama terputus.

Buat pelajar-pelajar yang pernah menjadi anak didikku sama ada di YAA 1987-1989, di SMK Pangiran Omar, Sipitang Sabah 1990-1995, SMK Cheras 1996-2004, SMK Danau Kota, K.L 2005-hingga kini, apa khabar anda sakalian moga anda menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Buat semua pelajar di seluruh negara ambillah kata hukama' sebagai pedoman

"barang siapa yang mahukan akhirat, hendaklah dia menuntut ilmu, barang siapa yang mahukan dunia, hendaklah dia berilmu, barang siapa yang mahu kedua-duanya, hendaklah dia menuntut ilmu".

Pelajar sekalian, selamat bercuti dan isilah masa dengan perkara yang bermanfaat.

Kepada rakan guru di Kuala Lumpur khasnya dan rakan-rakan di seluruh negara selamat bercuti.


Salam Persaudaraan.

Ikhlas
Cikgu Rosle Yasin

4 ulasan:

  1. assalamualaikum cikgu rosli...wah dah ada blog yer..brp orang anak dah cikgu..hehehehhe..

    BalasPadam
  2. wa alaikumusalam. mus'ab apa khabar. cikgu baru belajar buat blog. kadang-kadang bila lama tak buka jadi lupa. lain-lain cerita send ke email cikgu rosle_yas@yahoo.com

    BalasPadam
  3. assalamualaikum
    HAI CIKGU!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum,cikgu..saya nooraini. Masih di SMK Danau Kota ke?

      Padam