Khamis, 23 Julai 2009

Salam Ukhwah dari Melaka

Assalamualaikum wm. wbt.

Pada 22 Julai 2009 hingga 24 Julai 2009 aku bersama kumpulan Jurulatih Utama Unit Pendidikan Khas berkampung di Bidara Puteri Beach Resort, Pantai Puteri Melaka memberi taklimat teknik menjawab soalan peperiksaan PMR dan SPM kepada pelajar-pelajar Pendidikan Khas Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelajar-pelajar masalah pembelajaran dan masalah pendengaran.

Walaupun penat dalam perjalanan ke Melaka namun sebelah malam bengkel teknik menjawab kertas BM PMR dan SPM berjaya dijalankan. Keesokan harinya sehari suntuk pelajar di dewan kuliah mendengar celoteh dari JU tentang teknik menjawab soalan peperiksaan. walaupun dalam keletihan jelas kelihatan pelajar berada dalam keadaan kegembiraan.

Sebelah malam 23 Julai kami bersama-sama menikmati jamuan ditepi kolam renang resort. Jelas walaupun dalam kekurangan mereka tetap menaruh harapan mencipta kejayaan.


Lihatlah gelagat anak-anak istimewa ini semasa sesi taklimat bersamaku (Sejarah SPM) dibantu Cik Uma sebagai penterjemah bahasa isyarat.

Cik Uma sibuk membantu ku semasa sesi taklimat

Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk memahamkan mereka, berbeza berceramah dengan pelajar nomal.

muka-muka penuh pengharapan

Aku beraksi dalam sesi ceramah



Moga kalian semua akan mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Catatan 10.38 malam selepas jamuan makan malam bersama KU Pendidikan Khas En. Abdullah Darus.

Isnin, 20 Julai 2009

Soalan PMR Bab 4&5 Tingkatan 3

Assalamualaikum wm. wbt dan salam sejahtera.

Kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR 2009, cikgu mencadangkan anda membuat latihan soalan-soalan lepas.

Pada kesempatan ini cikgu masukkan bahan soalan sejarah PMR 1993-2008 yang cikgu scan dan anda buatlah latihan dengan mencari jawapan daripada buku teks. buat secara berkumpulan dan berbincang mencari jawapan. Insyaallah usaha yang berterusan ini akan menghasilkan kejayaan. selamat mencuba.

http://www.mediafire.com/?tinz2azzodm

Contoh Soalan Bab 3 Tingkatan 5

Assalamualaikum wm wbt dan salam sejahtera.

Buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, hari ini saya sertakan satu lagi bab penting untuk peperiksaan SPM kertas sejarah iaitu bab 3 Tingkatan 5.

Harapan saya pelajar menggunakkannya sebaik mungkin sebagai persiapan menghadapi peperiksaan SPM 2009.

Selamat maju jaya!!!!!!!!!
http://www.mediafire.com/?mzwnzjnnlmh

Ahad, 19 Julai 2009

Modul kertas 2

Dalam catatan ini saya ingin memuatkan soalan kertas 2, mengandungi 9 soalan. 4 soalan struktur dan lima soalan esei untuk dibuat latihan.

Pelajar! usaha yang berterusan akan membolehkan anda mencapai kejayaan yang cemerlang.
Allah akan membalas setimpal dengan apa yang anda usahakan. Kalau anda belajar seperti biasa anda akan mendapat keputusan seperti biasa, kalau anda berusaha secara luar biasa... pasti insyaAllah keputusan juga luar biasa. Selamat mencuba semoga berjaya dengan cemerlang di dunia dan di akhirat.
http://www.mediafire.com/?wn0tytgejwn

Contoh modul kertas 2 bab penting SPM 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Para pelajar yang dikasihi. Saya sebenarmya dalam proses pembelajaran membuat blog dan masih tidak mahir. saya sedang berusaha untuk memuatkan bahan-bahan yang saya ada untuk digunakan oleh pelajar sekalian.

Dalam pertemuan kali ini saya cuba memuatkan contoh soalan kertas 2 yang saya bina berdasarkan bab-bab penting yang dijangka boleh disoal dalam peperiksaan SPM. Apa yang penting pelajar sekalian boleh membuat latihan serta mencari jawapan dengan merujuk teks, secara tidak langsung anda membaca.

Moga-moga cubaan saya kali ini mencapai kejayaan.

Sekian. Wassalam


http://www.4shared.com/file/116309355/98230240/_2__spm_bab_penting2009.html

Jumaat, 17 Julai 2009

Seminar PMR 2009

Pada 13 Julai 2009, aku terlibat memberi taklimat peperiksaan PMR di SM Pendidikan Khas Setapak.

Aku berceloteh sambil memberi penerangan tentang persiapan PMR khususnya kertas sejarah, mengalakkan latih tubi dan mencari jawapan dari teks, serta memberi motivasi. Antara kataku “ kejayaan yang dicapai dalam kepayahan dan serba kekurangan lebih nikmat dan manis rasanya. Hadiahkan kepada orang tersayang khususnya kedua ibu bapa dengan kejayaan. Anda juga boleh berjaya seperti orang lain”




Pelajar tekun mendengar ceramah


Wajah-wajah yang penuh pengharapan


Moga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang

Isnin, 6 Julai 2009

Soalan Latihan SPM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!!

Kesempatan waktu, ingin saya mengajak para pelajar SPM 2009 yang berminat untuk membuat latihan sejarah kertas 2. Bersama-sama ini saya sertakan soalan latihan Set 1 untuk persiapan menghadapi peperiksaan SPM. soalan ini saya gubal berdasar analisa soalan lepas dan kepentingan bab dan tajuk yang mungkin boleh dikemukakan dalam soalan peperiksaan SPM 2009.

Buat latihan kemudian rujuk buku teks untuk mendapatkan jawapan. Peraturan pemarkahan akan saya berikan sekiranya ada respon dan set yang kedua akan menyusul kemudian.

C:\Users\Rosle\Documents\tajuk penting spm.pdf