Khamis, 30 Julai 2009

Bengkel PMR anjuran JPWP

Assalamualaikum wm. wbt dan salam ukhwah

Pada 29 dan 30 Julai 2009. Unit Kurikulum JPWP telah menganjurkan bengkel Sejarah PMR bertempat di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra (MTARP). Aku dan Pn Normala Ahmad dari SMK Wangsa Melawati diamanahkan untuk menjadi penceramah. Aku bercakap fasal persiapan menghadapi kertas sejarah PMR dan Pn Normala bercakap fasal belajar cara belajar. Harapan kami guru-guru sumber sejarah, apatah lagi En. Hadi Penolong Pengarah Kajian Kemasyarakatan JPWP (yang sehari suntuk bersama kami) memikul tanggungjawab JPWP menaruh harapan besar program ini akan meningkatkan prestasi mata pelajaran sejarah di WP Kuala Lumpur, walaupun pelajar yang hadir adalah kecil bilangannya. Harapan kami, ilmu yang diperoleh bersama kami akan dikongsi bersama rakan-rakan lain di sekolah yang tidak berkesempatan hadir.

Di sini disertakan gambar-gambar program tersebut

Gambar pemandangan di MTARP

Aku sedang berceloteh di hadapan pelajar


peserta program kusyuk dengan program

Pn Normala sedang berceramah "Belajar cara belajar"

Serius menjawab soalan bengkel

Antara peserta yang terlibat dengan program

Penuh perhatian dan setinggi harapan
Serius mendengar

Suasana di MTARP selesa dan kondusif untuk bengkel dan seminar

Aku seperti biasa berceloteh, moga sumbangan aku yang kecil ini dapat memberi manfaat yang besar kepada peserta program.
Bahan-bahan Power point program ini akan dimuatkan dalam ini nanti.
Kepada pihak JPWP, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada ku untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar dari zon Pudu, Bangsar, Keramat dan Sentul.
Tidak lupa ku ucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Che Yahya Bin Haji Che Soh, Pengetua SMK Danau Kota kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk menjayakan usaha-usaha berterusan mendidik anak bangsa.
Cikgu Rosle Yasin
SMK Danau Kota,
Jalan Genting Klang,
Kuala Lumpur.

Sabtu, 25 Julai 2009

Sejenak Di Ma'ahad Ahmadi, Gemencheh, N.Sembilan

Assalamualaikum wm wbt.

Selepas tamat program bersama anak-anak pendidikan khas di Melaka yang berakhir pada 24 julai 2009, kira-kira pukul 12.00 tgh aku terus ke Gemencheh, N.Sembilan. Mengikut jadual aku akan mengadakan bengkel menjawab soalan sejarah PMR bersama pelajar-pelajar tingkatan 3 pada sebelah petang dan pelajar-pelajar tingkatan 5 pada sebelah malam.


Bersama pelajar tingkatan 3 kami berbincang dan menjawab soalan peperiksaan sejarah PMR dari tahun 1993-2008 bab 4 dan 5 sejarah tingkatan 3. bengkel bermula pukul 3.00 petang dan tamat sekitar pukul 5.00 petang

Pada sebelah malam aku dan pelajar tingkatan 5 berbengkel menjawab modul sejarah kertas 2 (berdasar bab-bab penting SPM 2009). Bengkel bermula jam 8.00 malam dan tamat sekitar 10.30 malam. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir di Ma'ahad Ahmadi kerana diberi peluang untuk membantu pelajar-pelajar di Ma'ahad Ahmadi dan secara kebetulan anak-anakku seoarang tingkatan 3 dan seorang tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan. moga-moga sumbangan kecilku akan dapat menaikkan pencapaian akademik Ma'ahad Ahmadi.

Bersama ini disertakan gambar-gambar bengkel yang diadakan pada sebelah malam.

Para pelajar tekun menjawab soalan modul

aku mewajibkan pelajar merujuk buku teks untuk mencari jawapan

Sempat berbincang dalam usaha untuk mendapatkan jawapan yang betul

Suasana yang kondusif, tempat bengkel di perpustakaan sejuk dan sangat selesa.

Bersama ini disertakan skema pemarkahan soalan modul yang dibincangkan. Diharapkan pelajar dapat merujuk jawapan modul di sini.


http://www.mediafire.com/?zd5jemnl3rz
Pagi sabtu aku menghadiri perjumpaan tiga penjuru di Ma'ahad Ahmadi dan mengambil keputusan peperiksaan pertengah tahun kedua-dua anakku. Aku terpaksa datang awal untuk memastikan program kelas bimbingan di Masjid Wilayah Persekutuan dapat aku hadiri. Ia sangat penting kerana ia merupakan anjuran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan kerjasama dengan masjid Wilayah Persekutuan. Sekurang-kurang kehadiranku sangat penting kerana kerana ia melambangkan komitmen Jabatan pelajaran dengan agensi luar untuk memastikan kejayaan anak-anak asnaf yang dipilih oleh pihak masjid. Alhamdullilah aku dapat menghadirkan diri pada jam 1.20 petang dan memulakan kelas pada pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang.
















Khamis, 23 Julai 2009

Salam Ukhwah dari Melaka

Assalamualaikum wm. wbt.

Pada 22 Julai 2009 hingga 24 Julai 2009 aku bersama kumpulan Jurulatih Utama Unit Pendidikan Khas berkampung di Bidara Puteri Beach Resort, Pantai Puteri Melaka memberi taklimat teknik menjawab soalan peperiksaan PMR dan SPM kepada pelajar-pelajar Pendidikan Khas Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelajar-pelajar masalah pembelajaran dan masalah pendengaran.

Walaupun penat dalam perjalanan ke Melaka namun sebelah malam bengkel teknik menjawab kertas BM PMR dan SPM berjaya dijalankan. Keesokan harinya sehari suntuk pelajar di dewan kuliah mendengar celoteh dari JU tentang teknik menjawab soalan peperiksaan. walaupun dalam keletihan jelas kelihatan pelajar berada dalam keadaan kegembiraan.

Sebelah malam 23 Julai kami bersama-sama menikmati jamuan ditepi kolam renang resort. Jelas walaupun dalam kekurangan mereka tetap menaruh harapan mencipta kejayaan.


Lihatlah gelagat anak-anak istimewa ini semasa sesi taklimat bersamaku (Sejarah SPM) dibantu Cik Uma sebagai penterjemah bahasa isyarat.

Cik Uma sibuk membantu ku semasa sesi taklimat

Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk memahamkan mereka, berbeza berceramah dengan pelajar nomal.

muka-muka penuh pengharapan

Aku beraksi dalam sesi ceramah



Moga kalian semua akan mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Catatan 10.38 malam selepas jamuan makan malam bersama KU Pendidikan Khas En. Abdullah Darus.

Isnin, 20 Julai 2009

Soalan PMR Bab 4&5 Tingkatan 3

Assalamualaikum wm. wbt dan salam sejahtera.

Kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR 2009, cikgu mencadangkan anda membuat latihan soalan-soalan lepas.

Pada kesempatan ini cikgu masukkan bahan soalan sejarah PMR 1993-2008 yang cikgu scan dan anda buatlah latihan dengan mencari jawapan daripada buku teks. buat secara berkumpulan dan berbincang mencari jawapan. Insyaallah usaha yang berterusan ini akan menghasilkan kejayaan. selamat mencuba.

http://www.mediafire.com/?tinz2azzodm

Contoh Soalan Bab 3 Tingkatan 5

Assalamualaikum wm wbt dan salam sejahtera.

Buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, hari ini saya sertakan satu lagi bab penting untuk peperiksaan SPM kertas sejarah iaitu bab 3 Tingkatan 5.

Harapan saya pelajar menggunakkannya sebaik mungkin sebagai persiapan menghadapi peperiksaan SPM 2009.

Selamat maju jaya!!!!!!!!!
http://www.mediafire.com/?mzwnzjnnlmh

Ahad, 19 Julai 2009

Modul kertas 2

Dalam catatan ini saya ingin memuatkan soalan kertas 2, mengandungi 9 soalan. 4 soalan struktur dan lima soalan esei untuk dibuat latihan.

Pelajar! usaha yang berterusan akan membolehkan anda mencapai kejayaan yang cemerlang.
Allah akan membalas setimpal dengan apa yang anda usahakan. Kalau anda belajar seperti biasa anda akan mendapat keputusan seperti biasa, kalau anda berusaha secara luar biasa... pasti insyaAllah keputusan juga luar biasa. Selamat mencuba semoga berjaya dengan cemerlang di dunia dan di akhirat.
http://www.mediafire.com/?wn0tytgejwn

Contoh modul kertas 2 bab penting SPM 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Para pelajar yang dikasihi. Saya sebenarmya dalam proses pembelajaran membuat blog dan masih tidak mahir. saya sedang berusaha untuk memuatkan bahan-bahan yang saya ada untuk digunakan oleh pelajar sekalian.

Dalam pertemuan kali ini saya cuba memuatkan contoh soalan kertas 2 yang saya bina berdasarkan bab-bab penting yang dijangka boleh disoal dalam peperiksaan SPM. Apa yang penting pelajar sekalian boleh membuat latihan serta mencari jawapan dengan merujuk teks, secara tidak langsung anda membaca.

Moga-moga cubaan saya kali ini mencapai kejayaan.

Sekian. Wassalam


http://www.4shared.com/file/116309355/98230240/_2__spm_bab_penting2009.html

Jumaat, 17 Julai 2009

Seminar PMR 2009

Pada 13 Julai 2009, aku terlibat memberi taklimat peperiksaan PMR di SM Pendidikan Khas Setapak.

Aku berceloteh sambil memberi penerangan tentang persiapan PMR khususnya kertas sejarah, mengalakkan latih tubi dan mencari jawapan dari teks, serta memberi motivasi. Antara kataku “ kejayaan yang dicapai dalam kepayahan dan serba kekurangan lebih nikmat dan manis rasanya. Hadiahkan kepada orang tersayang khususnya kedua ibu bapa dengan kejayaan. Anda juga boleh berjaya seperti orang lain”




Pelajar tekun mendengar ceramah


Wajah-wajah yang penuh pengharapan


Moga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang

Isnin, 6 Julai 2009

Soalan Latihan SPM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!!

Kesempatan waktu, ingin saya mengajak para pelajar SPM 2009 yang berminat untuk membuat latihan sejarah kertas 2. Bersama-sama ini saya sertakan soalan latihan Set 1 untuk persiapan menghadapi peperiksaan SPM. soalan ini saya gubal berdasar analisa soalan lepas dan kepentingan bab dan tajuk yang mungkin boleh dikemukakan dalam soalan peperiksaan SPM 2009.

Buat latihan kemudian rujuk buku teks untuk mendapatkan jawapan. Peraturan pemarkahan akan saya berikan sekiranya ada respon dan set yang kedua akan menyusul kemudian.

C:\Users\Rosle\Documents\tajuk penting spm.pdf